Isnin, 14 Disember 2009
bulan yang BOSAN
ari nie aku btl2 bosan xtau nk wt pe..?? nk wt keje kt offis pon xde minat... masuk ari nie dh 3 hari aku sakit kepale... sbb 2 kot aku xde mo0d nak buat keje... nie pon xtau nak tulis ape dalam blog nie.. tgk la ptg nnti klau ade idea yg blh aku kongsi ngn korang semua aku akan tulis.. aku wt keje dulu nnti bos bising...
Rabu, 9 Disember 2009
Kelebihan Surah Yasin
Terdapat banyak hadis yang telah menjelaskan tentang fadhilat Yassin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebaik-baik ibadah seorang hamba kepada Tuhannya ialah membaca Al-Quran. Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya dan Allah S.W.T. telah menjanjikan ganjaran kebaikan atas setiap huruf yang dibaca. Seharusnya orang yang membaca Al-Quran dapat meneliti dan memikirkan kandungannya akhirnya akan merasa insaf serta terbentuk imannya.
Dalam surah Yassin, Allah telah menjelaskan janji-janji kebaikan juga kenikmatan bagi mereka yang beriman dan yang menurut perintahnya, serta ancaman yang mengerikan bagi mereka yang ingkar terhadap perintahNya. Segala keterangan membuktikan adanya syurga dan neraka serta balasan baik dan jahat di akhirat nanti dengan begitu jelas. Menurut Iman Al Ghazali r.a : Surah ini dinamakan hati Al-Quran kerana iman seseorang tidak sah atau tidak sempurna sekiranya dia tidak percaya dan yakin tentang adanya hari akhirat. Keterangan tersebut lengkap terkandung dalam surah ini.
Bagi mendapatkan hikmah yang istimewa, sila amalkan bacaan Surah Yassin
1. Pada setiap pagi hari2. Pada setiap petang hari
Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yassin di pagi hari, Allah S.W.T. akan mempermudahkan urusannya di sepanjang siang hari. Barangsiapa mengamalkan bacaan Surah Yassin dipetang hari, Allah S.W.T. akan memeliharanya kehidupannya di sepanjang malam.
Dengan menjadikan bacaan Surah Yassin pada setiap pagi hari dan petang hari, dan dengan amalan yang berterusan, apabila berlaku kematian, Allah S.W.T. menjanjikan Syahid. RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah yasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
7. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
8. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
9. Jika dibacakan kepada orang yang sakrt, terhindar daripadapenyakitnya.
lO.Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan memirrta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
Kelebihan surah yasin mengikut setiap ayat adalah :
Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam
hidup.
Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x . Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8.
Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Isnin, 7 Disember 2009
32 Wasiat IMAM SYAFIE
1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata- mata.
2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.
4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.
6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya.
7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.
8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.
9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain.
10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan di dalam mencapainya.
12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati maka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil ).
13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ihklas dengan ilmu.
14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi.
15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.
16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.
17. Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.
18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut.
19. Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia dan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanya maka sebenarnya dia telah berbohong.
20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untuk mencapai keredhaan manusia maka tidak akan menemui jalan ke arah itu. Oleh itu dia hendaklah mengikhlaskan amalannya antara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya' ( bermegah dengan amalan ) melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki.
22. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya.
23. Terlalu mengharapkan kelebihan dunia merupakan azab Allah kepada ahli tauhid ( beragama ).
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterima amalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya.
25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu.
26. Politik pergaulan manusia berlainan dengan politik pergaulan binatang.
27. Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan.
28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diri daripada keduanya sebagaimana mereka melarikan diri dari harimau.
29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah juga dengan sabar yang mana ada penghujungnya.
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannya.
31. Sekiranya ulama' yang beramal dengan ilmu mereka tidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahu lagi adakah bagi Allah itu wali.
32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akan mengurangkan maruahku nescaya aku tidak akan minum melainkan air panas
10 wasiat IMAM AL-GHAZALI
2. Dunia hanya jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang kekal abadi. Kerana itu jangan rosakkan jambatan itu dengan keperluan dunia yang berlebihan sehingga jambatan itu rosak.
3. Sibuklah berfikir tentang dirimu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.
4. Pandang ringanlah dunia ini agar ia bersifat pemurah.
5. Berjuanglah dijalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan atas kematianmu nanti.
6. Berjemaahlah bersama kawan muslimin di dunia agar berolaeh teman semasa perbicaraan di mahkamah.
7. Tataplah anak-anakmu baik-baik kerana mereka merupakan titipan Allah s.w.t kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.
8. Sebelu tidur ingatlah bahawa esok belum tentu boleh bangun lagi.
9. MATI pasti akan tiba. Ingatlah bahawa esok lusa kamu akan mati dan akan menjadi mangsa cacing tanah.
10. Selepas bangun dari tidur, bersyukurlah kerana Allah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kita sedar.
8 Anugerah yang ANDA kena TAHU
1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.
marilah kita amalkan untuk mendapat keberkatan dariNYA..

